Kembali Ke Laman Sebelumnya

Bengkel Motivasi Hujung Minggu
 

Bengkel motivasi ini akan dijalankan pada setiap hari Sabtu (bergantung kepada kekosongan jadual penganjur) di antara jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang. Bengkel ini sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai ibu bapa yang mempunyai kekangan masa dan bajet tanpa perlu menunggu kem motivasi sesi terbuka yang kebiasaannya diadakan pada musim cuti sekolah sahaja.
 
Ia terbuka kepada anak-anak berumur 9 tahun hingga 18 tahun.

Disasarkan kepada anak-anak yang memerlukan kepada suntikan motivasi untuk mendisplinkan diri, memperbaiki akhlak, menghapuskan sikap malas, kurang keyakinan diri, tidak menghormati ibu ayah dan leka berkawan, suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah, malas solat, tidak minat belajar dan sebagainya.

Melalui bengkel ini, peserta akan didedahkan tentang tujuan dan matlamat hidup, menggerakkan potensi diri ke arah nilai positif, mengurus naluri ke arah kebaikan melalui konsep ketakwaan dan kecintaan terhadap Allah s.w.t dan memupuk sikap yang baik, disiplin diri serta pengukuhan hubungan antara anak-anak dan ibu bapa. Walaupun agak singkat, ia sekurang-sekurangnya dapat memberi sedikit pendedahan awal - IT'S BETTER THAN NOTHING.

Bayaran untuk seorang RM80.00 seorang sahaja meliputi kos pembelajaran, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan sijil.

Tempat adalah terhad supaya matlamat dan objektif bengkel dapat dicapai.

Tarikh Terkini (Pilihan): 1) 14 November 2009 - TAMAT
  2) 21 November 2009 - TAMAT
  3) 27 Februari 2010 - BUKA!
   

Tempat: Kem Bina At-Taqwa, Dengkil, Selangor

Untuk mendaftar anak, anda boleh memilih sama ada mengisi borang secara online atau memuat turun borang pendaftaran yang kami sediakan.

 

Anda juga boleh merujuk cara pembayaran, peta lokasi, jadual aturcara dan keperluan diri yang perlu dibawa oleh anak semasa bengkel berlangsung DISINI

 

 

 

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © 2007-2010, HBJ Warisan, www.motivasidiri.com

(Tel) : En. Hermie - 013-355 2868, Ustaz Hj. Arif - 019-368 4812, En. Nasri - 019-361 7516

(Faks) : 03-8733 0244, Email : support @ motivasidiri.com